Thursday, February 02, 2012

Testimoni Kejayaan


Testimoni


Teknik Al-Baghdadi telah mendapat sambutan di luar jangkaan dan telah mencatatkan kejayaan yang amat membanggakan. Beberapa pelajar yang telah memberi testimoni dibawah ini adalah antara hasil daripada teknik membaca yang amat mudah, menarik dan berkesan ini.






Ibu Adik Sofiyyah Jamilah - 5 Tahun


" Tertarik dengan cara mudah belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi"









Assalamu’alaikum.


Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti beberapa
siri kursus anjuran Syihab Resources.



Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010
saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah
Jamilah yang berusia 5 tahun. Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf
hijaiyyah sebelum ini.







Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik
belajar dan seronok menggunakan alat ketukan
tidak langsung
membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin,
terkawal dan baik
sepanjang proses pembelajaran. Membaca sambil mengetuk
pada peringkat permulaan secara
Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih
berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid
Al-Baghdadi. Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan
buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca
tanpa paksaan.







Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan
ayat-ayat Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’
4, 5 dan 6. Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini
dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di
samping berminat menghafal surah-surah lazim.








Insya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan
berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik,
rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.







Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh
warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik
mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan
usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani
masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa
kini.
Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran . Terima kasih
Wassalam.
Anisah Manaf
013-9569847


29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.





Adik Nurul Athirah Binti Abdul Rahim - 7 Tahun



Alhamdulillah,
Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam TempohHari Sahaja,
Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih
Ustazah.







Ustazah Rohaya Man

Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah



"Teknik
Al-Baghdadi Memudahkan saya mengajar Al-Quran dan mengawal disiplin murid
saya,
mengajar dengan teknik Al-Baghdadi tidak memenatkan saya
serta murid tidak jemu untuk
melakukan latih tubi…Alhamdulillah denganizin Allah swt.,
dua murid saya telah mampu
membaca
Al-Quran
dalam tempoh 22 hari diperkenalkan dengan Teknik
Al-Baghdadi, Sangat Berkesan




0 ulasan:

Post a Comment