Pengambilan Baru

Sila hubungi kami untuk menempah tempat ke sesi penerangan PERCUMA dan terus mendaftar untuk kelas baru! 013 279 1608.

Sesi Penerangan PERCUMA Untuk Semua Peringkat

Sila hubungi kami untuk menempah tempat ke sesi penerangan PERCUMA ini! 013 279 1608.

Belajar Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi

Bacaan Al-Quran Teknik Al-Baghdadi Sesuai untuk Warga Emas, Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak

Al-Baghdadi Learning Center

Teknik Al-Baghdadi: Mudah, Berkesan dan Berpatutan!

Masih belum menguasai ASAS bacaan Al-Quran dan Tajwid ?

Bersedia awal sebelum menunaikan haji. Sertai kami di Kelab Al-Baghdadi dan Kelab Tajwid.

Al-Baghdadi juga sesuai untuk kaum hawa sama ada ibu atau anak-anak

Teknik yang amat mudah, berkesan yang dapat membantu ibu-ibu yang sudah lama tidak belajar mengaji. Mari perbaiki bacaan kita untuk menjadi ibu yang berpengetahuan.

Al-Baghdadi Untuk Kanak-Kanak

Dengan teknik pembelajaran SAS (Stuktur, Analisis dan Sintesis), Anak-anak akan belajar Al-Quran dengan wajah ceria dan tersenyum.

Tuesday, May 21, 2013

Jom! Mengaji Al Quran di Batu Caves, Selayang dan Gombak!!



 
Pengambilan pelajar baru setiap Bulan. Jom sertai Kelas mengaji Al Quran. Hubungi 03-61869901 / 013-279-1608 untuk ketahui jadual kelas terkini.
 
Kelas Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Untuk semua peringkat umur!

Program Cuti Sekolah 2013 (( Bengkel Bijak AL-Quran : BBQ))

Like Facebook: ALC Taman Melati
 


Al Baghdadi Method telah melancarkan program baru yang diberi nama Bengkel Bijak Al-Quran (BBQ). Ibu bapa yang berminat boleh menghantar anak mereka dengan pengisian rohani secara praktikal di BBQ  ini. Di antara pengisiannya ialah sesi belajar  ASAS membaca al-Quran, bimbingan solat dan hafazan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     Maklumat Program     
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh    : 3 - 7 Jun 2013
Tempoh : 5 Hari
Waktu    : 8 Pagi - 5 Petang
Yuran     : *RM 300.00 ( Termasuk: pendaftaran, yuran, buku, bahan bengkel dan makan minum sepanjang bengkel ini.)

Hubungi Ustaz Akmal : 017 - 204 2027

    LATAR BELAKANG          


  • Teknik Al-Baghdadi adalah suatu pendekatan teknik secara sistematik dan terancang untuk memudahkan pelajar seawal usia 4 tahun mempelajari asas al-Quran dalam tempoh waktu tertentu dengan hasilnya dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Teknik ini adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap    lapisan    masyarakat    mempelajari    ASAS    al-Quran berpandukan Buku Tamhid Al Baghdadi yang disusun dengan pendekatan terkini disertai alat ketuk sebagai bahan bantu dan pembelajaran dapat dijalankan secara kelas serta memudahkan guru mengawal kelas. Apa yang lebih menarik lagi, teknik Al-Baghdadi menyediakan    pembelajaran    asas    al-Quran yang menarik dan mesra kanak-kanak kerana setiap sesi pembelajaran disertakan set permainan yang menarik, iaitu ”Al Baghdadi Playtime” dan set kad Al-Baghdadi bagi menarik minat pelajar mempelajari al-Quran tanpa rasa bosan.
  • Program cuti sekolah B.B.Q dirasakan sangat perlu bagi memenuhi permintaan ibu bapa, juga pengurus ALC yang tercari-cari program yang dirasakan perlu ada semasa cuti sekolah yang menggunapakai pendekatan pembelajaran melalui teknik yang berkesan, hasil dari permintaan masyarakat yang tercari-cari tempat untuk anak-anak mempelajari al-Quran secara intensif semasa cuti sekolah, maka program B.B.Q Al Baghdadi ini dirasakan dapat memenuhi citarasa tambahan pula semua ALC telahpun dilengkapi prasarana asas P&P.
  • Teknik Al-Baghdadi telahpun menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai asas al-Quran dengan pantas dan dapat dilaksanakan secara kelas tanpa ada masalah, tambahan pula pembelajaran    disertai permainan    juga    disediakan    kerana memahami fitrah kanak-kanak yang sememangnya menganggap semua perkara sebagai permainan.



      OBJEKTIF        
  1. Memperkenalkan murid dengan asas al-Quran menggunakan teknik yang inovatif, kreatif dan berkesan.
  2. Membantu murid membaca al-Quran secara intensif.
  3.  Meningkatkan    penguasaan    bacaan    murid-murid    yang berkemahiran membaca secara intensif 
  4. Memastikan semua murid di pusat yang terlibat dapat menjadi pemangkin kearah generasi Ulul Albab. 
  5.  Menyediakan wadah pembelajaran berteraskan al-Quran semasa cuti sekolah.

Siapa Boleh Menyertai BBQ?
BBQ boleh disertai oleh semua murid sekolah rendah dan menengah

Bayaran Yuran Penyertaan
Yuran : RM 300 ( Termasuk Minum Pagi, Makan Tengahari, Buku & Bahan-bahan aktiviti, Alatulis dan lain-lain keperluan sepanjang bengkel)

Hubungi : 017 - 204 2027 (Ustaz Akmal)
Like Facebook: ALC Taman Melati