Pengambilan Baru

Sila hubungi kami untuk menempah tempat ke sesi penerangan PERCUMA dan terus mendaftar untuk kelas baru! 013 279 1608.

Sesi Penerangan PERCUMA Untuk Semua Peringkat

Sila hubungi kami untuk menempah tempat ke sesi penerangan PERCUMA ini! 013 279 1608.

Belajar Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi

Bacaan Al-Quran Teknik Al-Baghdadi Sesuai untuk Warga Emas, Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak

Al-Baghdadi Learning Center

Teknik Al-Baghdadi: Mudah, Berkesan dan Berpatutan!

Masih belum menguasai ASAS bacaan Al-Quran dan Tajwid ?

Bersedia awal sebelum menunaikan haji. Sertai kami di Kelab Al-Baghdadi dan Kelab Tajwid.

Al-Baghdadi juga sesuai untuk kaum hawa sama ada ibu atau anak-anak

Teknik yang amat mudah, berkesan yang dapat membantu ibu-ibu yang sudah lama tidak belajar mengaji. Mari perbaiki bacaan kita untuk menjadi ibu yang berpengetahuan.

Al-Baghdadi Untuk Kanak-Kanak

Dengan teknik pembelajaran SAS (Stuktur, Analisis dan Sintesis), Anak-anak akan belajar Al-Quran dengan wajah ceria dan tersenyum.

Thursday, May 22, 2014

Adakah masih ada masa untuk aku belajar AlQuran ? Perkongsian untuk manfaat bersama.

Perkongsian pertama :
"Alhamdulillah. Terima kasih ustaz bantu saya baca Alquran, saya ni buta huruf Alquran, dah lama saya nak belajar tapi saya malu. Saya dah berumur." Itulah kata2 yang sering kami hadapi dan terima di kala sesi pelajaran AlQuran Teknik AlBaghdadi berjalan. Selalunya kata-katanya ni disusuli mata berkaca hiba dgn penuh pengharapan agar mereka dpt terima ilmu Alquran secepatnya. "Takpe kak. Kami hanya bantu, Allah yang turunkan hidayah pada akak utk telefon kami. Syukurlah pada Allah kak."



Perkongsian kedua :
"Ustaz, tolong ajar saya baca Alquran, anak saya dah meninggal. Saya selalu mimpi kan dia. Tapi saya tak dapat sedeqah Yaasin kat dia. Saya bersalah ustaz. Anak saya baik tapi kenapa Allah ambil nyawa dia dulu. Kenapa bukan saya. Saya jahil ustaz. Tolong saya ustaz". Kami mendengar sambil mengetap bibir menahan kesedihan akan situasi ini.

" Abang sabar ye. Allah sayang abang. Dia panjangkan umur abang utk bertaubat dan jadi ayah yang baik juga."




Perkongsian ketiga :

"Ustaz, saya ni dah belajar 3 tahun Iqra'. tapi masih tak pandai baca Quran. Kat sini saya belajar tamhid 3 bulan saja. Saya dah boleh baca ayat panjang walaupun tak laju. Terima kasih Ustaz sebab kenalkan Teknik AlBaghdadi ni kat saya, seronok sangat belajar kat sini. Kawan-kawan dalam kumpulan banyak membantu. Masing-masing tak fikir diri sendiri. Kami dah macam adik beradik". Kata-kata yang lahir dari seorang atok yang turut sama belajar AlQuran Teknik AlBaghdadi. "Terima kasih pakcik sebab bagi maklumbalas begini. Kami berharap pelajar yang lain juga sama-sama dapat manfaat Teknik AlBaghdadi ini".


Perkongsian keempat :
"Abang dapat info ni dari mana ?". "Saya dapat nombor telefon ni dari banting yang ada di depan sekolah ni. Saya cikgu sini. Tiap kali saya lalu jalan ni, pasti mata ni terpandang banting Belajar AlQuran ni. Tapi hati ni tak teringat nak telefon pun masa tu. Tetiba saya baru teringat sekiranya ditakdirkan ibu dan ayah saya meninggal dunia, dapat tak saya berikan khidmat terahir mengimami solat jenazah ibu dan ayah saya tu nanti. Adakah saya mampu menjadi anak yang baik, solat dan mendoakan ibu dan ayah saya nanti. Tolong saya Ustaz, ajar saya AlQuran. Sekarang baru saya sedar yang saya ambil mudah kepentingan belajar AlQuran. Tolong Ustaz..". Saya yang mendengar perbualan telefon ni terkedu tak terkata akan betapa perihatinnya saudara tadi. Adakah kita pernah terfikir begini ? Masih belum terlambat untuk berubah. Tepuk dada tanya iman.


"Sekiranya mungkin kata-kata begini bermain di minda anda. Hubungi kami. Kami pasti membantu anda. Hubungi/sms/whatsapp : 013-285 6342 (Ustaz Fazley), 013-351 0860 (En. Faizal).